Thursday, November 21, 2013

#7 ; dua tahun

Hye :)
Scroll phone atas bawah,penuh picture adik
Lagi banyak dari gambar sendiri
-,-
Dah dua tahun jaga adik
Rasa sekejap sangat sangat
Dulu kecil gilaaaa..
Sekarang dah pandai cakap sikit,dah pandai tiru
Apa orang buat,dah pandai ajak jalan keluar..
Tak sabar tunggu dia masuk tadika..ihikss
Nak tengok dia bawa beg sekolah,pakai baju tadika..
Nak hantar dia sekolah,ambil balik sekolah..
Sama macam bila syazwan sekolah tadika dulu
Aaaaaa...I just can't wait..
Another 2 years.
2 years..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 1, 2013

#6 ; empat bebola daging

Ini 2minggu lepas punya cerita..
Makan di ikea.
Tukang bawa mieja,kawan liyana
Nasib dia reti drive,kalau tak
Melangut la tunggu shuttle bus ikano tu
-,-sentiasa lambat.
Lama dah tak keluar ramai macamni
(Ramai ke masalahnya?) Haha
Selalu aku dengan yana
Inikali tambah lagi dua orang
Lagi sorang tu puteri..kawan liyana juga
Semua belajar tempat sama,dekat ptptl
Eh.makin lama makin ntah apa apa aku nak tulis.
Dah,nak tidur.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 22, 2013

#5 ; tak gitu ?

Haru biru
Melihat pasangan muda.
Ugut terjun laut biru,
Kalau ditinggalkan si dia.

Haru biru,
Kenapa harus begitu?
Konon bukti cinta setia?
Tipu.itu semua dusta.

Haru biru,
Bila cinta merasuk akal,
Halal haram tidak dihirau,
Kerana nafsu mengalahkan akal.

Haru biru,
Mengapa harus terburu-buru,
Pasti DIA lebih tahu.
Pasti ada yang lebih baik menunggu..

Tak gitu?



Amira,2013
3.41pm
22/9.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#4 ; ingat tak ?

Ingat tak masa dulu-dulu,
Bila berkawan tak pilih bulu,
Bila bermain,semua bersatu,
Umpama sudah kenal dari dalam perut ibu.


Ingat tak masa dulu-dulu,
Setiap pagi atok hantar ke sekolah biru,
Sebelum ke sekolah,wajib jumpa babu,
Mahu beli coklat satu.

Ingat tak dulu-dulu,
Habis waktu sekolah,
Atok bawa pergi tepi surau,
Sebab mahu belanja roti canai cicah kuah

Ingat tak dulu-dulu,
Selalu bermain bersama,
Di taman tepi hulu,
Pulang bila azan magrib bergema.


Ingat tak dulu-dulu,,
Papa bawa ke pasar minggu,
Hari paling menarik dalam seminggu,
Kerana dapat beli mainan baru.

Ingat tak dulu-dulu,
Masalah paling besar,
Bila kawan mengadu dekat cikgu,
Kita terkencing dalam seluar.

Ingat tak dulu-dulu,
Kalau bergaduh dengan adik,
Mama pasti perhati dulu,
Kemudian telinga pasti ditarik.

Ingat tak dulu-dulu,
Konon mahu cepat dewasa,
Konon mahu kejar cita cita yang satu,
Tapi kini mahu kembali kecil semula.

-amira,2013.
3.17pm
22/9.




Gua rindu zaman kecil dulu.
Semua.
Rindu arwah atok juga.
Hurm.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 18, 2013

#3 ; tak endah

Dulu dulu,
Tak kisah,tak endah,tak peduli pun pasal kecantikkan,kehalusan kulit,kekurusan badan,kekusutan rambut.cewah ayat.kemain.
Tapi kan,
Sekarang kan,
Gua cam obses..
Nak jaga semua.
Tak nak pun cun macam artis,
Cukup untuk gain self confident.
Ye.
Gua ada masalah dengan self confident.
Tapi,
Lain orang,
Lain cara pemikiran.
Being plus size,
Banyak juga main pengaruh dekat sosial life gua.
Pakai la make up macam mana pun,
Pakai la baju baru macam mana sekali pun,
Pakai la jeans baru sekali pun.
Masih rasa tak confident.
Gua suka tengok macam dina nazir.kalau tak silap la nama bapa dia nazir.
Alah,yang era fm punya dj tu haa.
Boleh kata kan,badan kita orang sama.
(Tapk pernah jumpa dia depan depan,main agak )
Tapi,I love the way she carry herself.
Tak malu dengan bentuk badan.
I mean,tak ada benda pun nak dimalukan being plus size,tapi dia just happy to be herself
Susah la gua nak terangkan.
Dia pakai macam mana pun,I can see sparkle in her eyes
Ciss.ayat macam hapa
-,-
Dia boleh je pakai dress without havin sort of malu-malu,tak selesa etc etc
Kalau gua?
Gua ada je dress.
Tak pernah pakai
Bcause rasa tak confident nak pakai
Rasa macam kena turun half of my weight,
Baru okay kalau pakai.kot.
Errm.
Being plus size,gua lebih suka/senang/selesa
Berkawan dengan orang yang sama size dengan gua
Tak tahu kenapa
Dari zaman sekolah,
Member gua semua sama size
Bak kata adik gua,"geng bola-bola"
Sebab 4 dari geng gua semua bolat bolat (read: plus size)
Kecuali shafizah.
Entah macam mana perempuan tu boleh sesat kan dalam geng kita orang
Haha

masih cuba kurangkan berat badan.
Sekarang gua makan figure up.
Nak beli?

Haha.
Tak.gua tak jual pun figure up tu
Apatah lagi nak promote ubat tu
Heh.

Tunggu jela lagi dua bulan.
Nak tengok ada tak perubahan.

Tengah tunggu cukup bulan
Nak beli tabita.
Muka gua dah tahap kritikal.
Rambut makin kembang.
Risau juga bila bangun tidur,
Kalau bertembung dengan opah masa nak pergi dapur
Tengok rambut gua dah macam siamang
Mahu pengsan orang tua tu nanti.haha


Bukan tak bersyukur apa yang tuhan bagi,
Tapi tak salahkan nak perbaikkan lagi apa yang ada?
Heh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 17, 2013

#2 ; pernah rasa ?

Pernah rasa sunyi padahal sekeliling penuh manusia?
Pernah rasa sedih padahal tak ada benda nak ditangisi?
Pernah rasa marah padahal tak ada benda nak diamukan?

Tak,gua dah habis datang bulan seminggu lepas
Jadi,ini bukan ketakstabilan hormon

Entah apa yang gua nak pun gua tak tahu
Manusia memang macam ni ke?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, September 16, 2013

#1 ; berat

:)
Ini blog ketiga
-,-
Blog pertama lupa email,
Blog kedua lupa password,
Blog ketiga,nasib ingat dua dua
:')
Ada banyak nak mengadu dekat sini
Tapi
Nanti lah
Ada banyak masa lagi..




Till then.
XoxO


:gambar adik baru.she's almost 2yo :O
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.